Selasa, 23 Julai 2013

donut inti kastard kegemaranku..

Donut inti kastard yg terbaeekk..

Assalamualaikum semua..alhamdulillah hari ini di beri kesempatan unt menulis di blogku ini..aku pasti dan seribu kali yakin buat masa ini memang taburan resepi biskut dan kek raya sedang di utara..hehehe..tpi kali ini aku pula cuma nak berkongsi resepi Donut Inti Kastard yang pernah aku cuba beberapa minggu yang lepas tetapi disebabkan kesuntukkan masa dan kadar energy yg berkurangan..baru hari ini entri ni keudara..wah..wah..wah..
Resepi ni pertama kali kucuba..kira menjadi la jgk sbb abih kelicinan plate aku hari tu..hehe..sedap tekak aku merasanya..resepi ini aku rujuk di blog kak CT Delima...




Resepi Donut Berinti Kastard
Rujukan dari Blog kak CT Delima

Bahan Utama:
280 ml air
300 gm tepung roti (high protein flour)
200 gm tepung gandum (plain flour) 
10 gm garam (atau secubit)
60 gm gula halus
20 gm susu tepung
1/2 camca besar baking powder
3 1/2 camca teh instant yeast
2 biji kuning telur
50 gm lemak sayur (shortening)

Bahan kastard:
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gm butter
2 sudu teh esen vanila



Untuk kastard :
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.


Cara buat donat:
1. Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. 
2.Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. 
3.Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan. 
4.Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (hingga naik 1 x ganda).

Kaedah lain: 
1.Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan ke dalam breadmaker (BM), pilih setting untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bagi doh kepada 2 bahagian. Canai satu bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan penerap donat dan alihkan ke dulang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap dan rehatkan 1/2 jam hingga naik lagi.
3. Goreng donat dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3- 4 biji saja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan.
4. Donat yang siap digoreng boleh disalut dengan gula halus atau dituang coklat.








Tips...
1.Setelah donut tu diangkat keluar dari kuali..dalam2-3 minit..kita gerudi lubang unt pipingkan inti kastard tadi..
Caranya:
tebuk bahagian tepi donut dgn chopstik atau batang sudu..tapi ingat kena hati2 supaya tidak tembus pulak..
2.Masukkan inti kastard tadi dlm piping plastik..masukkan muncung piping plastik dan picit inti memenuhi ruang dlm donut..dan guling2kn donut atas gula kastor..

Emm... boleh la cuba...resepi kak CT Delima ni memang menjadi...thanks kak CT Delima..terbaeekkk..

Selasa, 16 Julai 2013

Amanah Ikhtiar Malaysia...Rabuku setiap minggu..

aktivitiku setiap hari rabu..

Salam Ramadan unt semua..rindunya nk post entry kt blog...tp apakan daya..kesibukkan di bulan yg Mulia ni membataskan kegemaranku..maklumlah aku mencari rezeki dengan berniaga..habis berniaga letih terasa seluruh anggota..urat sarap rasa nk terbelit2..tp alhamdulillah rezeki Allah..aku sgt2 bersyukur..selesai menjalankan tanggungjwab ku pada yg Maha Esa..mata terus terlelap..Tapi hari ini alhamdulillah ada sedikit kesempatan sebelum aku menjalan aktiviti setiap hari Rabu ku...
Setiap Rabu dan setiap minggu..aktivitiku menghadiri mesyuarat pusat Amanah Ikhtiar Malaysia di tempatku..sudah 4 tahun aku bersama 60 sahabat2 ku yang lain dalam mesyuarat ini..dlm mesyuarat tu nanti kami akan membaca al quran sebagai permulaan majlis...selepas itu ikrar sahabat dan seterusnya agenda2 yg lain..seperti kehadiran..kutipan bayar balik..bacaan minit mesyuarat yg lalu dan pelgabai lagi agenda yg lain...
Oh ya..lupa pula aku nk terangkn fungsi aku sebagai sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia ni..Sebenarnya agensi ni NGO dibawah naungan kerajaan unt menyalurkan pembiayaan modal unt kaum wanita sebagai permulaan dan modal tambahan unt projek yg di jalankan kaum wanita..sebagai satu cara kerajaan nak lahirkan usahawanita di negara kita ni..bayar balik dlm jumlah yg di ijab qabul setiap minggu mudah je..
Alhamdulillah..aku dapat faedah2nya..asalkan kita gunakan modal itu dgn sempurna..
OK lah masa pn dah org puteh kata time up..kena bersiap2 dah unt ke sana..

Ini antara ikrar sahabat sepertiku dlm amanah ikhtiar malaysia yg menjadi semangat untukku..
sebabnya dah ramai sahabat2 dlm Amanah Ikhtiar ni yg dah berjaya..walaupun terpaksa mengharungi kesusahan dahulu..biasalah kn nk senang bukan perkara yg mudah..

1.adalah menjadi tanggungjawab kami kpd Allah unt berikhtiar mencari rezeki.
2.membantu ahli kumpulan dan pusat apabila mereka dalam kesesakkan.
3.menggunakan keuntungan pembiayaan unt mengeluarkan keluarga daripada kemiskinan.
4.menggalakkan anak2 terus bersekolah dan membayar balik pembiayaan setiap minggu.
5.Allah menjadi saksi apa yang kami lafaz dan lakukan..

Maaflah kali ni tak ade gambarnya nyee..hihi...Daaaa...

Ahad, 30 Jun 2013

Mencari kekayaan dengan Surah Al Waqiah..AgungNya KuasaMu Ya Allah...

Surah Al Waqiah dan khasiatnya untuk kekayaan..

Salam ukhwah dari saya..
Kali ini saya mahu berkongsi satu pengalaman saya tentang kebesaran 
ayat2 dalam kitab suci Al Quran..
Alhamdulillah semasa saya rasa di uji oleh Allah..
Pintu hati saya dilorongkan untuk mengamalkan ayat ini..
Asalkan kita sebagai MakhlukNya teruskan usaha dan tawakal..
Insyaallah berhasil..
Ayat ini saya baca selepas solat waktu..
Insyaallah walaupun baru beberapa kali membacanya saya dapat rasakan perubahan..



Sabda Rasulullah SAW..surah ini umpama surah kekayaan..

Surah ini surah yang ke 56 dalam Kitab suci Al Quran
Juzuk yang ke 27 dan mempunyai 96 ayat yang memberi maksud tentang Kiamat.

Khasiat dan kelebihan membaca surah ini :

1.Dibaca setiap malam sebanyak 1x akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
2.Dibaca sebanyak 14x selepas solat Asar akan memperolehi kekayaan yang melimpah ruah.
3.Dibaca disisi orang nazak akan dipermudahkan rohnya meninggalkan jasad.
4.Dibaca disisi orang sakit akan diringankan kesakitannya.
5.Dibaca disisi orang mahu bersalin maka dipermudahkan proses melahirkan.

Itulah diantara kelebihan yang saya ketahui dari Surah ini untuk saya kongsi bersama..








Insyaallah dengan Kekuasaan Nya mendapat apa yang kita hajati..
Marilah kita amalkan..
Setakat ini dahulu perkongsian saya untuk catatan kali ini..
                           ...MANJADDA WAJADDA..SIAPA BERUSAHA PASTI BERJAYA...

Rabu, 26 Jun 2013

Langsir pilihanku..

Langsir pertama untuk kediaman baruku sempena Syawal ini...

Salam Ukhwah untuk semua pengunjung dan followers..
Sekarang ini semangat saya tengah berkobar-kobar hendak menghasilkan langsir untuk kediaman baru sebagai persiapan Syawal tahun ini..maklumlah Syawal pertama di rumah baru..hehe..
Puas saya menggoogle pattern2 terbaru dan terkini langsir yang akan saya jahit sendiri walaupun kemahiran untuk menjahit dalam diri saya ini setakat gred C..kesiannye kat saya..haha..tapi bak kata orang...di mana ada kemahuan di situ ada jalan..pada saya pulak..yang penting hati...kalau hendak  seribu daya..kalau tak hendak seribu dalih..ikut kemampuan kita jugak la..agak2 bole buat kita buat..jgn cakap tak boleh sebelum cuba..betul tak..
Dalam banyak pattern langsir yang ada..pattern eyelet yang menarik minat saya..mungkin sebab teknik jahitannya yang mudah..kebetulan pulak suami mahukan konsep moden dan ringkas...warna temanya pulak tentulah warna kegemaran kami berdua..merah hitam lambang cinta kami sentiasa membara dan di selitkan sdikit calitan warna suci seputih kasih kami..haha..entah apa2 la Cik Puan Bam2 ni melalut..
Tapi memang ada terselitnye makna tentang warna tema hiasan kediaman kami..sungguh saya teruja..
Kalau saya jahit sendiri..disamping menjimatkan kos..kepuasan lahir dari dalam hati..
Saya sudah kumpulkan beberapa hiasan dalam simpanan...Insyaallah nanti kita berkongsi di dalam catatan yang lain pula..
Jom kita layan antara langsir2 yang menarik hati saya..teringin unt memilikinya tapi apakan daya belum tercapai hajat dihati...






Emmm...cantikkan pattern2  langsir tadi...saya sudah boleh imagine nak ke Nagoya esok..haha..
Kita jumpa lagi ye di lain catatan...Assalamualaikum semua..

Isnin, 17 Jun 2013

Kediaman baruku..

Impian setiap insan..

Assalamualaikum semua..Sudah lama tak keluarkan entri..
Sibuk dgn tugas harian,sakit pening dan berita kematian kaum keluarga..Tugas harian ni biasalah..aktiviti memasak di kafe saya tak seberapa ni..sakit pening pulak bermula anak yg sulong si iesya muntah2 dan demam 4 hari jugak tak ke sekolah..reda sikit demam sikakak..anak yg bongsu si aien pulak ikut muntah2..sehari suntuk di hospital masukkan air..lepas 2 hari si papanya pulak muntah2 jgk..adui..saya dah gelabah..siang si papa..malamnye pulak si mama bam-bam ni lah yg tertonggeng muntah2 tahap gaban..haha..mak mentua kata..demam musim buah..hehe..what ever la asalkan semua dah sihat..lepas tu jam 12tghmlm dapat berita emak saudara sblh aruah mak pulak nazak di CCU Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar..terus kemas dan tutup cafe dan bergegas balik kampung terus ke CCU dlm 3.30 pagi jugak berlegar2 kt sana..esoknya tu Allah dah panggil mak sedara saya menyahut panggilanNya..Al Fatehah unt aruah...


Entri kali ni nak story pasal impian setiap insan dalam dunia ini..salah satu impian saya nak ada kediaman yang sesuai untuk keselesaan anak2 dan saya sendiri..tak kira berapa besar pun rumah tu asalkan tertunainya impian saya..Alhamdulillah..Rumah kedua saya hampir2 siap..kalau umur panjang..ada rezeki berhari raya kat rumah baru tahun ni..

Rumah pertama yang sedia ada takkan saya lupakan jasanya..
Insyaallah akan diubahsuai sepenuhnya menjadi rumah kedai..
Bila renungkan proses pembinaan rumah ini saya bermuhasabah diri sendiri..


Mulanya sebuah rumah ini dengan hanya seketul bata..tapi dengan kesabaran dan ketekunan si petukangnya..dapat membina sebuah rumah yang kita impikan..begitu juga dgn kehidupan kita..asalnya kecil tpi kalau kita sabar tekun dan tawakal Insyaallah tercapai segala hajat kita..



Sekarang ni tengah cari material unt hiasan dan langsir yang sesuai..maklumlah keluasan nya yg terhad..kecil molek mcm tuannya..hehehe..suami pulak sibuk menggoogle unt hiasan lanskap..sbb menjadi impiannya dari dulu nak ada lanskap rumah sendiri..nanti kita berentri unt dalaman rumah ye..setakat ini dulu untuk kali ini..Salam ukhwah...


Rabu, 29 Mei 2013

KEK BALDU MERAH..UNTUK HARI LAHIR SUAMIKU..

KEK BALDU MERAH UNTUK HARI LAHIR SUAMIKU..SEMERAH CINTA KITA..

Assalamualaikum semua pengunjung blogku..
Hari ini 29 Mei..Hari ulang tahun kelahiran suamiku yang tercinta..Tahun ini tahun yang ke 35..
Rasa sekejap saja usia bertambah..Dengan bertambah usia hubby saya moga2 bertambahlah saham pada Yang Maha Penciptanya..Sambil sibuk mengejar urusan dunia..Insyaallah urusan akhirat tidak akan tercicir walaupun sebarang waktu..Kerana disanalah hidup yang kekal abadi..
Ya Allah,moga murahlah rezeki suamiku..kalau di langit turunkanlah seperti hujan..kalau di tanah tumbuhkanlah seperti rumput yang menghijau..moga-moga sifat tanggngjawab,penyayang dan prihatinnya tidak akan hilang dimamah usianya..sungguh aku bahagia di sampingnya..dia tidak sempurna kerana dia hanya insan biasa..tetapi cukup menyenangkan hati ini bila bersama..Alhamdulillah..
Kekalkan lah kasih sayangnya padaku dan zuriat kami..langit mana tidak di landa awan mendung..laut mana tidak bergelora..lidah lagikan tergigit..inikan pula kita manusia biasa..jika tidak cemburu dan kecil hati bukan kekasih hati namanya..namun semua itu adalah satu pembelajaran dlm kami meniti titian hajat kami unt terus hidup bersama membina istana bahagia sebagai lambang kasih berpanjangan...
Luahan ini unt yang tersayang dgn ucapan SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG!!!
Tahun ini saya sediakan sendiri kek unt hari lahir suami..KEK BALDU MERAH cubaan pertamaku..
Kebetulan pula suami saya dan saya sendiri memang sukakan warna merah..
Saya sudah plan awal unt hasilkan kek ini sebab rasanya sedap kena dgn selera suami saya..
Saya cari resepi kek ini dan jumpa resepi yang saya berkenan di dan saya simpan untuk cuba resepi ni.



Ini kek yang pertama saiz 8 inci



Tengok tu..jersi2 bola dan baju2 suami saya kebanyakkan warna nya merah2 belaka..

RESEPI KEK BALDU MERAH
HASIL DARI DAPURKU SERI SEROJA

Sebelum tu sediakan BUTTERMILK
120g susu cair
2 sudu pewarna merah
1/2 sudu besar cuka makan
cara : campurkan susu cair dan cuka, kacau dan masukkan pewarna makanan dan kacau.

Bahan2 
125g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk koko
kekacang seperti walnut, badam cincang @ buah-an2 kering
 cara : ayak kesemua bahan dan gaulkan kekacang seperti walnut kedalam tepung tadi...

 60g mentega
75g gula halus
1 biji telur
sedikit perasa vailla
cara : 1. mixer semua bahan kemudian baru masukkan telur. mixer/pukul hingga kembang.
2. masukkan bahan tepung yg diayak berselang seli dengan buttermilk sehingga habis kedalam bancuhan mentega tadi.
 3. dalam bekas kecil yg lain masukkan 1/2 sudu teh baking powder dan campurkan dengan 1/2 sudu teh cuka. kacau sehingga buihnya habis dan masukkan kedalam adunan tadi.

masukkan adunan dlm loyang kecil, bakar pada suhu 170c mengikut suhu oven masing2 selama 20 minit sehingga masak.

CREAM CHEESE
125g keju
50g mentega
40g gula ising
cara : mixer/pukul sampai kembang





Ini kek yang kedua saiznya 6 inci


Cubalah resepi ini..memang menjadi..saya buat kek ini dalam dua saiz..Emm..dua-dua pun licin..hihi..
Ok lah..saya berundur dulu ye..Salam ukhwah unt semua ..jumpa lagi di lain catatan...

Jumaat, 24 Mei 2013

Tart telur unt yg tersayang..

                                          Tart Telur...

salam ceria unt pengunjung blog ku ini..kali ini aku mencuba resepi yg tak pernah aku cuba seumur hidupku..keinginan mencuba resepi ini bila setiap kali aku dan hubby keluar bersiar2..hubby aku mesti beli tart telur...pada mulanya aku memang tidak gemar akan makanan ini..mungkin rasanya agak lemak dan manis itu tidak sesuai dgn seleraku..tapi bila hubby suggestkn aku makan bersama kiwi yg sememang ada rasa masam2 manis tu jdi sedap plk..selera aku pun berubah..sehingga lah aku jumpa resepi ini dlm majalah SAJI edisi khas hariraya yg dh berhabuk di rumah sepupuku..semangat aku mahu menghasilkan makanan kegemaran hubby ku ini..semua barang dah ready...sekali bila aku tengok container acuan..acuan unt tart tak ade lagi dlm koleksi Dari Dapurku Seri Seroja...kecewa jgk aku..
Esoknya..awal pagi hubby ku suruh aku brsiap2 unt ke kedai menjual bahan dan alat unt mmbuat kek yg popular di sekitar tempat ku..KEDAI KEK SAYANG yg trletak di Jalan Stadium berhadapan Stadium Darul Aman...oh..bersyukurnya aku..dia tahu akan getar rasa hatiku ini..alat dan bahan dan ready..
Jom kita tengok hasilnya nanti..
sebelum tu..ini resepinyee...

RESEPI TART TELUR 
Rujukan : Majalah masakan Saji
Airtangan : Dari Dapurku Seri Seroja

Bahan unt tart shell
170 gm butter
50 gm gula icing
1 biji telur
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Cara2nya :
1.Pukul butter dan gula menggunakan senduk kayu hingga sebati
2.Masukkan esen vanilla dan telur dan kacau lagi hingga agak sebati.
3.Masukkan sedikit demi sedikit tepung sambil uli dgn tangan unt hasil yg lebih memuaskan.
4.Uli hingga menjadi doh.
5.Masukkan dlm plastik beg dan simpan semalam dlm peti ais unt doh yg terbaik..
   tp trpulang pd anda semua unt simpan atau tidak..klu buat terus pun boleh saje.
6.Bulatkn adunan sebesar guli dan tekan dlm acuan.
7.Cucukkan dgn garpu di prmukaan tepung dlm acuan tadi.
8.Bakar pd suhu 175C selama 10 minit dan keluarkan unt sejukkan tart shell ini.

untuk inti telur
Bahan:
1 tin susu cair
1 cwn air suam
1/3 gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur(buang pusat telur supaya tak hanyir)
1 sudu besar tepung kastart
sedikit pewarna kuning

Cara2:
1.Kacau gula dan air suam hingga gula larut dan biarkn sejuk.
2.Campukan semua bahan yg diatas dan kacau dgn handwisk.
3.Sediakan tart shell atas dulang pembakar dan tuangkan bancuhan inti telur kedlm tart shell.jgn terlalu penuh nnti comot hasilnya ye..
4.Bakar dlm suhu 175C dlm masa 15..kalu nk tahu tart kita dah masak ke tak..sentuh permukaan telur dari..klu tidak melekit pd jari anda maknanya ia sudah masak..bole ngap!!..hihi..


Selamat mencuba ye...Salam Ukhwah dariku..