Rabu, 29 Mei 2013

KEK BALDU MERAH..UNTUK HARI LAHIR SUAMIKU..

KEK BALDU MERAH UNTUK HARI LAHIR SUAMIKU..SEMERAH CINTA KITA..

Assalamualaikum semua pengunjung blogku..
Hari ini 29 Mei..Hari ulang tahun kelahiran suamiku yang tercinta..Tahun ini tahun yang ke 35..
Rasa sekejap saja usia bertambah..Dengan bertambah usia hubby saya moga2 bertambahlah saham pada Yang Maha Penciptanya..Sambil sibuk mengejar urusan dunia..Insyaallah urusan akhirat tidak akan tercicir walaupun sebarang waktu..Kerana disanalah hidup yang kekal abadi..
Ya Allah,moga murahlah rezeki suamiku..kalau di langit turunkanlah seperti hujan..kalau di tanah tumbuhkanlah seperti rumput yang menghijau..moga-moga sifat tanggngjawab,penyayang dan prihatinnya tidak akan hilang dimamah usianya..sungguh aku bahagia di sampingnya..dia tidak sempurna kerana dia hanya insan biasa..tetapi cukup menyenangkan hati ini bila bersama..Alhamdulillah..
Kekalkan lah kasih sayangnya padaku dan zuriat kami..langit mana tidak di landa awan mendung..laut mana tidak bergelora..lidah lagikan tergigit..inikan pula kita manusia biasa..jika tidak cemburu dan kecil hati bukan kekasih hati namanya..namun semua itu adalah satu pembelajaran dlm kami meniti titian hajat kami unt terus hidup bersama membina istana bahagia sebagai lambang kasih berpanjangan...
Luahan ini unt yang tersayang dgn ucapan SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG!!!
Tahun ini saya sediakan sendiri kek unt hari lahir suami..KEK BALDU MERAH cubaan pertamaku..
Kebetulan pula suami saya dan saya sendiri memang sukakan warna merah..
Saya sudah plan awal unt hasilkan kek ini sebab rasanya sedap kena dgn selera suami saya..
Saya cari resepi kek ini dan jumpa resepi yang saya berkenan di dan saya simpan untuk cuba resepi ni.



Ini kek yang pertama saiz 8 inci



Tengok tu..jersi2 bola dan baju2 suami saya kebanyakkan warna nya merah2 belaka..

RESEPI KEK BALDU MERAH
HASIL DARI DAPURKU SERI SEROJA

Sebelum tu sediakan BUTTERMILK
120g susu cair
2 sudu pewarna merah
1/2 sudu besar cuka makan
cara : campurkan susu cair dan cuka, kacau dan masukkan pewarna makanan dan kacau.

Bahan2 
125g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk koko
kekacang seperti walnut, badam cincang @ buah-an2 kering
 cara : ayak kesemua bahan dan gaulkan kekacang seperti walnut kedalam tepung tadi...

 60g mentega
75g gula halus
1 biji telur
sedikit perasa vailla
cara : 1. mixer semua bahan kemudian baru masukkan telur. mixer/pukul hingga kembang.
2. masukkan bahan tepung yg diayak berselang seli dengan buttermilk sehingga habis kedalam bancuhan mentega tadi.
 3. dalam bekas kecil yg lain masukkan 1/2 sudu teh baking powder dan campurkan dengan 1/2 sudu teh cuka. kacau sehingga buihnya habis dan masukkan kedalam adunan tadi.

masukkan adunan dlm loyang kecil, bakar pada suhu 170c mengikut suhu oven masing2 selama 20 minit sehingga masak.

CREAM CHEESE
125g keju
50g mentega
40g gula ising
cara : mixer/pukul sampai kembang





Ini kek yang kedua saiznya 6 inci


Cubalah resepi ini..memang menjadi..saya buat kek ini dalam dua saiz..Emm..dua-dua pun licin..hihi..
Ok lah..saya berundur dulu ye..Salam ukhwah unt semua ..jumpa lagi di lain catatan...

Jumaat, 24 Mei 2013

Tart telur unt yg tersayang..

                                          Tart Telur...

salam ceria unt pengunjung blog ku ini..kali ini aku mencuba resepi yg tak pernah aku cuba seumur hidupku..keinginan mencuba resepi ini bila setiap kali aku dan hubby keluar bersiar2..hubby aku mesti beli tart telur...pada mulanya aku memang tidak gemar akan makanan ini..mungkin rasanya agak lemak dan manis itu tidak sesuai dgn seleraku..tapi bila hubby suggestkn aku makan bersama kiwi yg sememang ada rasa masam2 manis tu jdi sedap plk..selera aku pun berubah..sehingga lah aku jumpa resepi ini dlm majalah SAJI edisi khas hariraya yg dh berhabuk di rumah sepupuku..semangat aku mahu menghasilkan makanan kegemaran hubby ku ini..semua barang dah ready...sekali bila aku tengok container acuan..acuan unt tart tak ade lagi dlm koleksi Dari Dapurku Seri Seroja...kecewa jgk aku..
Esoknya..awal pagi hubby ku suruh aku brsiap2 unt ke kedai menjual bahan dan alat unt mmbuat kek yg popular di sekitar tempat ku..KEDAI KEK SAYANG yg trletak di Jalan Stadium berhadapan Stadium Darul Aman...oh..bersyukurnya aku..dia tahu akan getar rasa hatiku ini..alat dan bahan dan ready..
Jom kita tengok hasilnya nanti..
sebelum tu..ini resepinyee...

RESEPI TART TELUR 
Rujukan : Majalah masakan Saji
Airtangan : Dari Dapurku Seri Seroja

Bahan unt tart shell
170 gm butter
50 gm gula icing
1 biji telur
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Cara2nya :
1.Pukul butter dan gula menggunakan senduk kayu hingga sebati
2.Masukkan esen vanilla dan telur dan kacau lagi hingga agak sebati.
3.Masukkan sedikit demi sedikit tepung sambil uli dgn tangan unt hasil yg lebih memuaskan.
4.Uli hingga menjadi doh.
5.Masukkan dlm plastik beg dan simpan semalam dlm peti ais unt doh yg terbaik..
   tp trpulang pd anda semua unt simpan atau tidak..klu buat terus pun boleh saje.
6.Bulatkn adunan sebesar guli dan tekan dlm acuan.
7.Cucukkan dgn garpu di prmukaan tepung dlm acuan tadi.
8.Bakar pd suhu 175C selama 10 minit dan keluarkan unt sejukkan tart shell ini.

untuk inti telur
Bahan:
1 tin susu cair
1 cwn air suam
1/3 gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur(buang pusat telur supaya tak hanyir)
1 sudu besar tepung kastart
sedikit pewarna kuning

Cara2:
1.Kacau gula dan air suam hingga gula larut dan biarkn sejuk.
2.Campukan semua bahan yg diatas dan kacau dgn handwisk.
3.Sediakan tart shell atas dulang pembakar dan tuangkan bancuhan inti telur kedlm tart shell.jgn terlalu penuh nnti comot hasilnya ye..
4.Bakar dlm suhu 175C dlm masa 15..kalu nk tahu tart kita dah masak ke tak..sentuh permukaan telur dari..klu tidak melekit pd jari anda maknanya ia sudah masak..bole ngap!!..hihi..


Selamat mencuba ye...Salam Ukhwah dariku..

Isnin, 20 Mei 2013

puding pelangi ku yg jadi corak abstrak!!

Puding Pelangi
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Hasil air tangan:farahwahida961.blogspot.com                                                                            


Bahan-bahan
10 gram agar2
750 air
180gm gula pasir
80 gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair 
2 sudu bsr tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko 
1/2 sudu teh vanilla
3 jenis pewarna mngikut kesukaan anda..
cek Ah guna warna kuning,unggu dan pink.

Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan cara manual..kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis kedalam mangkuk kosong.
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata kemudian tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 4 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak pewarna..
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna pertama ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, setelah 2 jam bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Ahad, 19 Mei 2013

biskut mazola

Assalamualaikum semua pengunjung pondok ku ini..
Sudah beberapa hari ini tak update entri kt blog..ini semua pasal sibuk dgn hal-hal rutin kehidupan setiap hari yg akhir-akhir ini agak sesak dgn aktiviti..rindu pula nk post kn entri..
Kali ni Cek Ah cuba resepi biskut mazola..dari mana rujukan Cek Ah terlupa nk save..minta maaf ye tuan punya resepi...sbnrnya dh hampir seminggu entri ni trperam..hihi..hari ini baru dapat post..alhamdulillah..menjadi lah kiranya resepi ni..sebab anak2 dan en hubby pun tak brhenti2 mengunyah..hihi..anak yg sulong cek ah "kata sedap la ma..kak long suka rasa dia manis2 kadang2 ada masin sikit2"..hihi..yelah sbb resepi nye ada letak secubit garam kan...
Jom kita kongsi resepinye...
  1. RESEPI BISKUT MAZOLA
  2. Hasil:Dari Dapurku Seri Seroja
  3. 1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar halus
  4. 1 1/2 mangkuk tepung gandum
  5. 1/2 mangkuk gula halus
  6. 9 sudu makan minyak mazola/ minyak masak biasa(klu adunan msh belum lembab boleh tambahkn sedikit demi sedikit)
  7. secubit garam halus
  8. kuning telur (untuk hiasan)
  9. Caranya:
  10. 1.Campurkan semua bahan kecuali kuning telur sekali dan gaulkan sekata. 
  11. 2.Bila semua bahan dah bersatu baru masukkan minyak(kalau adunan masih belum lembab tambah sedikit minyak lagi) 
  12. 3.Lebih senang gaul dengan tangan sebab kita tahu kelembapan adunan.
  13. 4.Gaul sampai aduan boleh kita terap dengan acuan. 
  14. 5.Lepas tu sapu kuning merah di atasnya. 
  15. 6.Bakar dalam 170 C  / 15 minit atau sehingga masak.
  16. Nota dariku..
  17. Boleh pelbagai bentuk..contohnya empat segi,bunga,dan mcm2 lgi..
  18. Time dekat raya ni..mesti cuba tau..boleh buat hidangan kueh raya tu..hihi..
  19. Cek Ah bagi sahabat yg datang cafe Cek Ah rasa..dia kata raya ni boleh la bisnes kot..hahaha..

Rabu, 15 Mei 2013

Apam mekar pelangi

Apam mekar pelangi...

Salam ukhwah unt semua pengunjung blog ku ini..
Malam tadi sempat lagi Cek Ah siapkn sarapan untuk anak2 tersayang..Cek Ah kukus apam ni masa tengah tunggu order kat cafe..kebetulan malam ni kurang ordernya sebab ada kenduri kesyukuran di tempat Cek Ah ni...Jadi dgn kesempatan yang ada dapat lah Cek Ah siapkan apam ni..Kali ini Cek Ah sediakan kueh tradisional melayu..Walaupun kuih apam ni banyak dijual di luar tapi kali ni biar dari hasil airtangan kita sendiri kan..Resepinya sangat mudah sesuai la dgn Cek Ah sentiasa sibuk ni..hihi..



RESEPI APAM MEKAR 

Saiz hidangan  :50 biji

Bahan:
2 biji telur
275 gm tepung gandum
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil baking powder
250 gm gula pasir
200ml susu segar
1sudu kecil esen vanilla
1sudu kecil ovallete
sedikit pewarna biru dan kuning atau mengikut kesukaan anda
sedikit cawan kertas

Cara:
  1. Masukkan kesemua bahan dan pukul prlahan selama 10 minit.
  2. Ambil 3 sudu besar adunan,titiskan warna biru dan asingkan.
  3. Adunan yg selebihnya warnakan dgn pewarna kuning.
  4. Masukkan adunan kuning ke dalam piping beg dan paipkan kedalam cawan kertas.
  5. Kemudian paipkan pula adunan biru kedalam adunan kuning di bahagian tengah warna kuning.
  6. .Kukus selama 15 minit.
Tips Cek Ah
~Unt dapatkn kelompak yg lagi meletoopss pastikan muncung piping beg adunan warna biru ditekan kedalam adunan kuning dan barulah picit.
~Unt dapatkan kelompak yg mengembang meletooppss Cek Ah gunakan api yg kuat..

Info Cek Ah
*waktu penyediaan 10 minit.
*waktu memasak 15 minit.
*Jenis:Kueh mueh tradisional melayu.
*Keistimewaan:kelopak yg mengembang memberi keunikkan dlm teknikal penghasilannya.
*Cara masak:kukus

Macam mana mudahnya resepinya macam tu lah senang nya menghasilkan apam ni..Cubalah!!























Sabtu, 11 Mei 2013

TILAPIA BAKAR BERSAMBAL

resepi tilapia bakar bersambal

Hari ini untuk makan tghari Cek Ah buat menu ikan..Pergi pasar nampak ikan tilapia merah ni segar lagi..teringin pulak nak buat bakar sbb kalau ikan masih segar isinya manis tau..lagipun memang kena makan ikan lebih sbb sejak dua menjak ni cek ah rasa semakin bam bam hihi..makan ikan bnyk tak pe kan..
Cek Ah beli dua ekor ni ja sbb rumah cek ah cuma ada cek ah,hubby dan 2 puteri je..cukup lah untuk sekali hadap..hubby cek ah tak kasi beli lebih2 sgt sbb bila dipanaskn balik baki lauk pauk..alamatnya jadi penghias meja je la..
Jom kita tengok resepi dan cara2nya..










Ok tak..memang sangat mudah dan simple..cek ah guna daun pisang sbb suka bau dia..Cubalah resepi ni..

Jumaat, 10 Mei 2013

RESEPI RAINBOW BUTTERCAKE ..Dari Dapurku Seri Seroja..

RAINBOW BUTTERCAKE 

Salam untuk semua yang melawat blog ku ini..Doa moga2 kalian semua sudi berkongsi hasilnya dgn ku..
Resepi ini Cek Ah ambil dari arwah mak Cek Ah..sangat simple dan sedap air tangan ibu kita kan..tapi dulu sudah berlalu semua itu bila semuanya sudah ditentukan yang Maha Pencipta..Al Fatehah untuk ibuku..
Jom kita kongsi resepinya...



RAINBOW BUTTERCAKE WITH CHEESE CREAME
Dari : Dapurku Seri Seroja @ farahwahida961.blogspot.com

untuk loyang 8 inci
Bahan2 :
5 biji telur saiz A
180 gram gula kastor
200 gram tepung gandum
3/4 sudu besar baking powder (diayak brsama tepung gandum)
250 gram butter
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara2 :
1.Sapukan loyang dengan butter
2.Panaskan oven 170 c selama 15 minit
3.Putarkan gula bersama butter dalam sederhana kelajuan mixer selama 2 minit @ hingga kembang.
4.Masukkan telur satu persatu
5.Masukkan esen vanilla dan terus putar hingga telur sebati.
6.Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder tadi sedikit demi sedikit.
7.Berhenti memutar dan gunakan kaedah kaup balik dgn menggunakan spatula hingga sebati
8.Bahagikan kpd sekurangnya 3 bahagian dan warnakan setiap bhgian mengikut kegemaran anda..klu nk gunakn lebih bnyk warna pun bole asalkn bhagikan adunan mengikut jumlah warna yg anda inginkn..
9.Tuang aduan seprti ini..
-tuang warna prtama 3 senduk
- seterusnya warna kedua 3 senduk juga dituang diatas warna kedua tadi
dan ulang sehingga adunan tinggal 3/4
mulakan dgn 2 senduk pula sehingga akhir sekali tinggal satu senduk sahaja untuk semua warna..
10.Masukkan dlm oven yg sudah dipanaskan..unt pengetahuan..pembakaran dan proses unt kek naik lebih sempurna kalau oven dipanaskn trlebih dahulu..
11.Bakar selama 50 minit dlm 170C atau sehingga kek masak.
12.Bila sudah masak birkn ia sejuk dlm loyang dahulu baru kuarkn ye..eemm mabelesss!!!


Khamis, 9 Mei 2013

AYAM PANGGANG SERI SEROJA..Dari Dapurku Seri Seroja..

Ayam Panggang Seri Seroja 

Salam Jumaat unt semua pengunjung2 blog Cek Ah ye..
Hari ni penghulu segala hari..Jumaat yg mulia..
Cek Ah buat resepi ni secara spontan sebab teringin anak2 dan En Hubby nk makan ayam..
Jenuh jugak nak buat juadah berasakn ayam yg lain dari kebiasaan Cek Ah hidangkan..
Semalam Cek Ah mencuba resepi asam pedas minang tapi entri nya belum lagi Cek Ah terbitkan..
Resepi ayam ni Cek Ah rekacipta sendiri sebab hati rasa tercabar bilamana En Hubby kata Cek Ah ni kiranya belum pakar masak sebab selalu masak tengok resepi..aduii geramnya ...tapi tak pe Cek Ah positif thinking..Arini Cek Ah try cipta sendiri resepi ayam ni...
Jom kita tengok hasilnya.....
resepinya amat mudah maklumlah yg spontan dlm fikiran dan sedia ada kat dapur Cek Ah je..

RESEPI AYAM PANGGANG SERI SEROJA
Ciptaanku Dari Dapurku Seri Seroja 
 farahwahida961.blogspot.com

Bahan 1
1 ekor ayam putih di belah di bhgn dada sahaja

Bahan 2
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 btg serai 
2 ulas bawang puteh
1 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
sejemput ikan bilis

Bahan 3
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Bahan 4
2 sudu bsr gula merah
1 sudu bsr gula pasir
1 sudu kecil garam
sedikit serbuk perasa

Caranya:
1.Kisar bahan 2 bersama sedikit air hingga lumat..
2.Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan 2 yg dikisar ini..
3.Msukkan bahan 4 dan masak atas api sederhana dalam 5 minit..
4.Kemudian masuk ayam tadi..kacau dan balikkan supaya bahan tumis sebati dgn ayam selama 10 minit atau hingga rempah naik minyak..tapi ingat ye ayam nye jgn terlampau masak..sedang2 jee..
5.Lapiskan dulang pembakar dgn daun pisang dan sapu sedikit minyak masak..(trpulang pd awak semua nk letakkan ke tidak daun pisang ni..)
6.Angkat ayam tadi dan letakkan diatas dulang pembakar..tuang kuah yg sudah pekat tadi diatas ayam..
Macam dalam gambar ni...
7.Kemudian bakar dalam oven atau panggang dalam suhu 175c selama 35 minit atau sehingga ayam masak didalamnya...Bila masak boleh la cuba rasanya..En Hubby kata sedaaapppnya...Emmm baru dia tahu isteri dia pun boleh ciptareka sendiri resepi laaa..hihi

Haaa..ini masa ayam di belum dipanggang...gunakan daun pisang aromanya pasti menjentik selera ini..

      Ini hasilnya...Ok tak?
   Jom kita kongsi resepinya....
      Jom follow blog Cek Ah...






Rabu, 8 Mei 2013

Rainbow Buttercake with Cheese Creame unt Wan Batrisyia

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU...

Salam kemesraan untuk pengunjung blogku ini..
Sejak dua tiga hari ni mmang sibuk sgt dgn aktiviti seharian..
namun tak lupa kumpulkan entri unt catatan blog yg seberapa ni..
3 Mei yg lepas genap lah anak perempuan Cek Ah 9 tahun..emm..dh bole kata anak dara sunti ye..hihi jatuh saham Cek Ah ni..hahaha..alhamdulillah segalanya berlalu didepan mata..masih terbau2 aroma dia masa pertama kali Cek Ah cium dia dlm labour room setelah 10 jam bertarung nyawa....
Alhamdulillah insan kecil tu sekarang jadi peneman..jadi peniup semangat..
Tahun ini Cek Ah raikan lagi hari istimewanya dgn sambutan hari lahir seperti biasa..
Sebijik  Rainbow Buttercake with cheese cream..mmg melty..aduuhhh..cupcake2 yg comel penyeri meja..
Bihun sup yg paling simple kegemarannya..makanan ringan..belon-belon..permainan brsama kawan2 nya dan yg paling utama hadiah unt nya..Sayang anak Ma!
Jom kita jalan2 tengok sekitar sambutan hari jadi Batrisyia@kak long..


 Cek Ah tak mahir untuk menghasilkan kek yg meletooppss cukuplah setakat hasilkan yg seikhlas hati dri air tangan ibu unt anaknya..
          SELAMAT HARI LAHIR!!

Cek Ah tak upload kan bnyk gambar sebab kesuntukan masa unt edit..hihi..
Nanti kita kongsi resepi Rainbow Buttercake tu ye..sgt simple..
Bye..Salam sayang semua..