Isnin, 23 Disember 2013

ASAM PEDAS MINANG IKAN PARI

Asam pedas ikan pari memang terangkat!
Assalamualaikum semua yang singgah kt blog daku disini..Arini menu apa ye semua?..Musim cuti sekolah ni kan bnyk undangan majlis perkhahwinan..jemu dh kot asyik dok makan nasi minyak,kari daging,ayam masak merah,pajeri rebung atau nenas je..Arini tekak minta asam pedas pulak..kalau bukan musim kenduri pun menu ni mmg selalu dapat request..hehe..febret ni tau..tambahan pulak ada ikan pari yang fresh kan..adui..Jom tengok resepi yang daku ambil dari blog dapurmas.blogspot.com..terima kasih Mas..memang sedap resepi ni..

Asam Pedas Minang
Copy : dari dapurmas.blogspot.com

Bahan2 :
  • 6 ekor ikan kembung / ikan kerisi / ikan cencaru - mas pun guna ikan pari-(daku pn guna ikan pari)
  • 15 tangkai cili kering - dikisar
  • 8 ulas bawang merah - dikisar
  • 6 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit kunyit hidup - dikisar
  • sedikit halia - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • sejemput ikan bilis - dikisar
  • lada hitam - tumbuk halus(daku tak letak sbb takut anak2 tak bole makan pedas sgt..sori tang ni derhaka sikit ye mas)
  • air asam jawa
  • daun kesum / bunga kantan / lobask asin ( rendam dgn air panas dulu ) / tomato / bendi / terung
  • ***** semua bahan kisar boleh dikisar sekali(daku tak letak lobak asin pun sbb tk ada kt icebox daku masa nk wat menu ni)
Cara memasak :
 - Panaskan minyak, masukkan bahan2 kisar , bila sudah pecah minyak masukkan air asam jawa ( agak2 ) . Bila dah mendidih boleh masukkan ikan  dan sayur2 tadi ( mas letak daun kesum dan bendi )(sama la daku pun letak bendi dan kesum) , bila mendidih masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa dan juga serbuk perasa.



Sudah siap hasil kejadian asam pedas ikan pari daku


                                       Okey selamat mencuba ye!..wajib la sedap tau..cuba..cuba..

Ahad, 22 Disember 2013

Hiasan garden ala desa enggeris atau vintage

GARDEN ALA ENGGERIS ATAU VINTAGE 

Salam kemesraan buat pengunjung blog ku sekalian..walaupun dimana anda berada..sudah lama jgk tak upload blog sbb letih dgn jemputan walimatul urus sedara dan jiran tetangga..kepada yang baru membina mahligai rumah tangga..tahniah diucapkn sbb cantik2 dan hensem2 belaka..eemm..terkenang pulok zaman den dulu2..hehe..sudah la..apa yg sedang aku repekkan daaa...
Entry kali ini nk story and sharing tentang minat baru ku ini..aku sedang demam..demam vintage..demam enggeris..haha..sejak terpandang garden yg sgt comel dan sweet teman FB ku Junaina Sagap..aku mula jatuh cinta sampai demam pada hiasan taman ala enggeris ni..walaupun aku bukan lah peminat tegar hiasan ala enggeris ni..aku sgt2 terpaut dgn adanya rumah burung yg comel2..kasut boot brwarna warni yg di tanam pokok bunga..basikal kecik yg cute..aduh!!!..tp aku cuma minat sangat2 dgn hiasan garden tema vintage ni..tk tau la pula kot2 berjangkit sampai kedalam rumahku nanti...oh,no!..hubby ku ..sbb dia punya tema sndiri unt hiasan dalaman rumah..jgn nanti merebak masuk sampai ke dalam rumah..haha..tp so far dia yg bagi dorongan untuk garden kecilku..dalam entry kali ini aku belum bersedia kongsi gambar2 garden ku yang masih proses menambah material tu..just aku kongsikan gambar2 rujukan yang aku simpan..memang cantik..aku tabik la pada siempunya picture..
Jom kita kongsi..

RUMAH BURUNG HIASAN










BUNGA YANG DI TANAM

















BOOTS WITH FLOWER






Comel kan..kan..ni belum masuk dgn ladybird..mushroom..duck..roster..aduh..memang pengsaaannn..
Okey nanti kita kongsi lagi..Untuk yang nk buat rujukan silakan..Bye!

Ahad, 15 Disember 2013

RESEPI ROTI BUN CHICKEN FLOSS

Resepi roti bun chicken floss

Assalamualaikum..petang2 makan roti buat sendiri sedap kan..Kali ini berkesempatan lagi kongsi resepi yang sudah lama terperap..Sebenarnya roti ni sudah agak lama terhasil tp hari ini alhamdulillah baru dapat terbitkan entrynya..Jom kita kongsi...


Resepi Roti Bun Chicken Floss

Bahan-bahannya:
500gm tepung roti
90gm gula kastor
11gm yis kering
4 sb susu tepung
1sk garam
3 sb marjerin/butter
1sb bread improver
1 sb softener
150-200ml air dari petiais


Bahan hiasan / topping
chicken floss
mayonis


Cara-caranya:
1.satukan semua bahan kecuali mentega dan garam.
2.uli hingga adunan sebati.
3.masukkan mentega dan garam uli hingga doh licin dan elastik mcm getah.
4.rehatkan doh dlm 40 minit sehingga doh naik 2 kali ganda saiz asal
5.ambil doh tadi tumbuk di tengah2 doh unt buang angin dlm doh
6.bulatkn doh tadi seberat 50 gram dan atur diatas dulang dan rehatkan doh sekali lagi selama 40 minit hingga naik 2 kali ganda saiz asal.
7.pipingkan mayonis di atas permukaan doh dan taburkan chicken floss
8.boleh masukkan kedalam oven dan bakar selama 15-18 minit dgn suhu 185 darjah celcius..

tips dari farah..cuaca kena la panas baru cepat naik..sya letak dlm kereta..hehe..
selamat mencuba!


Resepi Roti Manis

Resepi Roti Manis

Assalamualaikum semua..
Hari ni berkesempatan update blog kesayangan hamba ini..Bnyak juga hasil2 percubaan resepi yg trhasil tp apa kn daya belum dapat di kongsi disini disbbkn kesuntukan masa dan kualiti line intenet yg siput2 ni...
Insyaallah jika ada masa yg trluang bnyk lgi resepi yg akan kita kongsi.
Entry kali ini kita kongsi resepi roti manis yg terhasil ni..Sangat2 menjadi tau resepi ni...sedap dan lembut..farah guna teknik manual je masa uli doh roti ni..maklum la belum ada breadmaker..tp farah survey2 dah harga peralatan ni..emm..tak tahan nak meroti..sbb laris jualan roti ini masa farah cuba jual kt kedai makan farah tpi disebabkn tangan ni dh tk larat nk menguli..kerja2 meroti dihentikan sementara menunggu peralatan menguli dapat dimiliki..hehe..Jom la kita tengok resepi roti manis ni...







RESEPI ROTI MANIS ULI SECARA MANUAL(PAKAI TANGAN)

Bahan2:
Tepung roti 400g**
Yis mauripan 1/2 bungkus**
Bread Softner 1 sudu teh**
Bread improver 1 sudu teh**
Gula pasir 2 sudu makan**
Telur 1 biji (kocak dengan sudu)
Susu Manis 2 sudu makan
Air sejuk dari peti ais 200ml
Garam secubit shj (larutkan dalam 2 sudu bsr air suam)
Butter 50gram
*** sapuan atas roti ambil telur kuning yang dicampurkan air dan susu manis, sapu atas permukaan roti***

Cara menyediakan:
Panaskan oven selama 20minit, suhu 170c
Bahan bertanda ** satukan dalam satu mangkuk, gaul rata semua bahan.
Kemudian, masukkan telur, susu dan uli mengunakan air sejuk hingga adunan sebati. 
Jika adunan keras, tambah sedikit air.
Masukkan air garam dan butter. 
Uli lagi hingga adunan tidak melekat pada jari(jadi elastik/kenyal mcm getah)
Rehatkan adunan doh dalam 40 minit
Bentukkan doh mengikut kesukaan anda, gunakanlah apa-apa sahaja loyang yang ada didapur.
Biarkan adunan naik 2 kali ganda dalam masa 40minit, sapu permukaan atas roti dengan bahan sapuan***baru bakar. Masa bakar 25minit
Jika roti dalam oven tidak berwarna kekuningan,    tambah masa membakar. Jika mahukan warna roti yang tidak gelap, tutup permukaan loyang guna aliminium foil.
Selamat mencuba!

Tips dari farah:
untuk dapatkn doh yg lebih lembut masukkan doh kedalam plastik bersih dan ramas selama 10 minit dan keluarkan uli semula sblm rehatkn doh..



Selasa, 3 Disember 2013

RESEPI KEK MINYAK PELANGI

Salam kemesraan unt pengunjung blog ku ini..Musim hujan perut pun kerap berkeroncong kan..maka terhasil lah kek minyak berwarna warna ini..Jom kita jengok resepi nya...






Resepi Kek Minyak berwarna warni
Bahan A
2 Biji Telur
80 gram Gula kastor
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 sudu sudu besar susu pekat
1/2 cawan minyak masak/myk jagung pun boleh

Bahan C (diayak)
150 gram Tepung gandum/tepung kek pn boleh
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan D
Pewarna pink/hijau/kuning

Lenserkan minyak pada loyang pembakar dan  panaskan oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 10 minit

Cara-cara:
1. pukul 2 biji telur bersama gula kastor hingga kembang dan  putih berkrim. Kemudian masukkan ovalette. pukul lagi hingga sebati. kemudian masukkan 1 sudu kecil esen vanilla atau apa2 perisa yang digemari. pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan susu pekat.pukul hingga sebati. kemudian masukkan minyak masak perlahan-lahan sambil memukul dengan menggunakan mixer. masukkan minyak hingga habis.
3.bila dah sebati, masukkan pula adunan tepung dan baking powder yang telah diayak.masuk sedikit demi sedikit jugak ya..jangan masuk one shot pastu on mixer,wajib la bertepung muka anda nanti tau..
4. bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. masukkan setitis pewarna.gaul sebati dan masukkan dalam loyang pembakar berselang seli warna adunan atau ikut kreativiti masing2 ye..
5. bakar selama 40 minit pada suhu 175 darjah Celsius.check dengan lidi nak tahu dah masak ke tak..

 SELAMAT MENCUBA!!

Isnin, 2 Disember 2013

RESEPI HOKKAIDO CUPCAKES MUDAH DAN SEDAP..

Assalamualaikum semua..sudah lama tidak menulis diblog kesayangan saya ini.Kesibukkan pada 
tanggungjawab yang lain membuat kan saya menahan rindu.Kali ini berkesempatan berkongsi resepi mudah dan ringkas ini.Hasil dua hari yang lepas baru berkesempatan di kongsi diblog ini..Jom kita kongsi bersama..








RESEPI HOKKAIDO MUDAH

telur 4 bji gred a/b
gula kastor 1 cwn
myk jagung 50 ml
susu segar full cream 50 ml
esen vanilla 1 sudu kecil
tepung kastard 1 sudu bsr
tpg naik sndri 60 gm
1 sudu garam halus
perasa
Cara:
pkl telur merah gula 1/2 cwn sebati
dlm mangkuk lain masukkan susu,myk,esen
tepung kastard diayak dgn tepung naik sndiri
kemudian masukkan susu,myk,esen dlm telur merah dan masukkan tepung yg diayak tadi dgn kaedah kaubbalik guna spatula.
pkl telur putih smpai brtanduk dan masukkan lebihan gula tadi dan gula dan pukul sampai betul2 softpeak.
masukkan adunan telur merah masukkan sedikit demi sedikit dlm adunan telur putih guna kaedah kaubbalik..kaubbalik dgn perlahan2..
sapu loyang dgn myk atau kertas myk..bakar 25 mnt suhu 175c.api atas bwh x pyh ada kipas...
selamat mencuba..