Ahad, 15 Disember 2013

Resepi Roti Manis

Resepi Roti Manis

Assalamualaikum semua..
Hari ni berkesempatan update blog kesayangan hamba ini..Bnyak juga hasil2 percubaan resepi yg trhasil tp apa kn daya belum dapat di kongsi disini disbbkn kesuntukan masa dan kualiti line intenet yg siput2 ni...
Insyaallah jika ada masa yg trluang bnyk lgi resepi yg akan kita kongsi.
Entry kali ini kita kongsi resepi roti manis yg terhasil ni..Sangat2 menjadi tau resepi ni...sedap dan lembut..farah guna teknik manual je masa uli doh roti ni..maklum la belum ada breadmaker..tp farah survey2 dah harga peralatan ni..emm..tak tahan nak meroti..sbb laris jualan roti ini masa farah cuba jual kt kedai makan farah tpi disebabkn tangan ni dh tk larat nk menguli..kerja2 meroti dihentikan sementara menunggu peralatan menguli dapat dimiliki..hehe..Jom la kita tengok resepi roti manis ni...







RESEPI ROTI MANIS ULI SECARA MANUAL(PAKAI TANGAN)

Bahan2:
Tepung roti 400g**
Yis mauripan 1/2 bungkus**
Bread Softner 1 sudu teh**
Bread improver 1 sudu teh**
Gula pasir 2 sudu makan**
Telur 1 biji (kocak dengan sudu)
Susu Manis 2 sudu makan
Air sejuk dari peti ais 200ml
Garam secubit shj (larutkan dalam 2 sudu bsr air suam)
Butter 50gram
*** sapuan atas roti ambil telur kuning yang dicampurkan air dan susu manis, sapu atas permukaan roti***

Cara menyediakan:
Panaskan oven selama 20minit, suhu 170c
Bahan bertanda ** satukan dalam satu mangkuk, gaul rata semua bahan.
Kemudian, masukkan telur, susu dan uli mengunakan air sejuk hingga adunan sebati. 
Jika adunan keras, tambah sedikit air.
Masukkan air garam dan butter. 
Uli lagi hingga adunan tidak melekat pada jari(jadi elastik/kenyal mcm getah)
Rehatkan adunan doh dalam 40 minit
Bentukkan doh mengikut kesukaan anda, gunakanlah apa-apa sahaja loyang yang ada didapur.
Biarkan adunan naik 2 kali ganda dalam masa 40minit, sapu permukaan atas roti dengan bahan sapuan***baru bakar. Masa bakar 25minit
Jika roti dalam oven tidak berwarna kekuningan,    tambah masa membakar. Jika mahukan warna roti yang tidak gelap, tutup permukaan loyang guna aliminium foil.
Selamat mencuba!

Tips dari farah:
untuk dapatkn doh yg lebih lembut masukkan doh kedalam plastik bersih dan ramas selama 10 minit dan keluarkan uli semula sblm rehatkn doh..



2 ulasan:

PCL berkata...

Tak mungkin beli roti benggali bila dah pandai buat sendiri...suci lg.

Unknown berkata...

PakcikLie PCL:
emm..betul tu..roti buat sendiri lgi puas ati..benggali jgk dpt nama kan..cuba la resepi..