Selasa, 3 Disember 2013

RESEPI KEK MINYAK PELANGI

Salam kemesraan unt pengunjung blog ku ini..Musim hujan perut pun kerap berkeroncong kan..maka terhasil lah kek minyak berwarna warna ini..Jom kita jengok resepi nya...






Resepi Kek Minyak berwarna warni
Bahan A
2 Biji Telur
80 gram Gula kastor
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 sudu sudu besar susu pekat
1/2 cawan minyak masak/myk jagung pun boleh

Bahan C (diayak)
150 gram Tepung gandum/tepung kek pn boleh
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan D
Pewarna pink/hijau/kuning

Lenserkan minyak pada loyang pembakar dan  panaskan oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 10 minit

Cara-cara:
1. pukul 2 biji telur bersama gula kastor hingga kembang dan  putih berkrim. Kemudian masukkan ovalette. pukul lagi hingga sebati. kemudian masukkan 1 sudu kecil esen vanilla atau apa2 perisa yang digemari. pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan susu pekat.pukul hingga sebati. kemudian masukkan minyak masak perlahan-lahan sambil memukul dengan menggunakan mixer. masukkan minyak hingga habis.
3.bila dah sebati, masukkan pula adunan tepung dan baking powder yang telah diayak.masuk sedikit demi sedikit jugak ya..jangan masuk one shot pastu on mixer,wajib la bertepung muka anda nanti tau..
4. bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. masukkan setitis pewarna.gaul sebati dan masukkan dalam loyang pembakar berselang seli warna adunan atau ikut kreativiti masing2 ye..
5. bakar selama 40 minit pada suhu 175 darjah Celsius.check dengan lidi nak tahu dah masak ke tak..

 SELAMAT MENCUBA!!

2 ulasan:

Unknown berkata...

simple n nmpak menarik..thks for sharing...:)

Unknown berkata...

Ida Shaaban:
wlcm dear!mmg sgt simple tp hasilnye mmg sedap la resepi ni..cuba la..