Jumaat, 20 September 2013

Kedai Kek dan Roti Warisan Shamil di Kosmo..

Assalamualaikum semua pengunjung blog saya..saya harap kita semua dibawah rahmat yang Maha Esa..

Hari ni tak kemana2 sebab sibuk dengan urusan didapur..stok roti di kedai saya pun dah habis..kalau tak.. ada roti pizza yang saya ambil dari perniagaan sepupu dan ibu saudara saya yang memiliki premis membuat kek dan roti iaitu Kedai Roti dan Kek Warisan Shamil untuk saya jual di kedai..tapi sudah habis dijual..
Untuk elak pelanggan yang datang selalumengeteh dan mengopi hampa kerana cuma minum saje..maklum la di kedai saya bila waktu petang ada pelanggan yg datang just minum2 petang dan makan ringan2 macam roti atau kueh..minum petang la kata..saya terpaksa la buat roti sendiri..saya buat roti manis inti kaya hari ni..bidan terjun pulak ye.
Saya cuma buat untuk satu adunan sehari..dapat la dalam 20 biji..habis untuk hari ini..alhamdulillah..

Eh..tapi entry kali ni nk kongsi cerita pasal kedai sepupu  Pn Rohaya dan ibu saudara Pn Shamshon atau lebih mesra saya panggil Kak Aya dan Mak Ndak pemilik Kedai kek dan roti warisan shamil.Cerita beliau dan perniagaan beliau sudah keluar kat surat khabar metro 17 hb Sept lepas..Saya tumpang seronok dengan pencapaian beliau..sekaligus jadi sumber inspirasi saya dalam perniagaan..Saya memang suka keadaan premis beliau..ceria dan semestinya kebersihan adalah perkara utama beliau dalam mengurus perniagaan beliau walaupun masih banyak yang perlu di tambah..tpi biasalah beliau pun baru memulakan perniagaan..bak kata pepatah sikit sikit lama lama jadi bukit..Insyaallah ya Kak Aya..
Kek dan roti hasil tangan beliau pun memang sedap dan kreatif belaka..Beliau memang suka menghadirkan diri ke bengkel2 pembuatan kek dan roti untuk menambah ilmu beliau.
Jom kita tengok petikan cerita beliau...







Semoga lebih success...Doakan untuk saya juga ya...

Selasa, 17 September 2013





KEK BUTTER PELANGI
untuk loyang bulat 10 inci

Bahan-bahan : 

250g butter..farah guna buttercup
200g gula halus 
5 biji telur 
210g tepung gandum 
1/2 sudu kecil serbuk penaik 
1 sudu kecil esen vanilla  
* pewarna makanan : merah jambu, kuning, hijau,ataupun mengikut kesukaan masing2 ye..

Kaedah penyediaan : 

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan. 
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan ringan. 
3. Masukkan telur satu per satu dan pukul sebati. 
4 Tuangkan esen vanila. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan. 
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan menggunakan spatula hingga sebati. 
6. Bahagikan adunan kepada jumlah warna yg anda mahukan..selalunya 3 atau 4 warna je.. 
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan adunan. 
8. Sudukan 2 sudu besar adunan pertama di tengah2 tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas. 
9. Sudukan 2 sudu besar adunan kedua di atas adunan pertama tadi. 
10. Lakukan yang sama kepada adunan ketiga. Ulangi proses ini sehingga semua adunan telah habis digunakan. 
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit (bergantung oven masing2).


tips:Butter cake ni bertambah sedap kalau disimpan semalaman dahulu sebelum dimakan..tujuan nya untuk butter tersebut lebih meresap dan sebati dgn bahan yg lain..Cubalah..saya dah..anda bila lagi..

Isnin, 9 September 2013

ustazah maut dalam kemalangan bersama tiga zuriat..

Assalamualaikum semua sahabat2..
Harapan Farah kita semua dalam keadaan sihat hendaknya..
Aduhai..ketika menulis catatan ini hati sedih dan terkenangkan berita yg diterima ini..Kawan sepermainan dan kawan sezaman persekolahan kepada suami Farah iaitu Ustazah Rohaya telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan yang sangat trajis bersama tiga anakya..Sebelum terus membaca coretan Farah ini...marilah sama2 kita sedekah kan Al Fatehah kepada arwah dan anak2nya..
Walaupun Farah tidak kenal rapat dengan aruah akan tetapi perasan sayu tetap terasa kerana aruah akan disemadikan dikampung Farah menetap sekarang..dalam satu kubur bersama anak2nya..sungguh sedih kerana hujan turun mencurah2 seperti juga bersedih..perwatakannya sesuai dengan kerjaya sbg ustazah..menurut cerita suami..aruah adalah pelajar pintar di zaman persekolahan dahulu..
Ya Allah dariMu kami datang..kepada Mu jua kami kembali...
Semoga damai di sana..Amin..


  • Ustazah maut bersama tiga anakKeadaan kereta dinaiki lima mangsa yang bertembung dengan sebuah lori.
 1 / 1 
KAJANG –Tragis apabila seorang guru mata pelajaran agama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan tiga anaknya maut selepas  kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7 Jalan Kajang-Banting di sini, hari ini.

Kejadian turut menyebabkan seorang anak lelaki guru itu yang berusia tiga tahun kritikal dan  masih mendapat rawatan di wad kecemasan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah untuk mengajar murid sesi petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan dipandu mangsa dari arah Bangi ke Kajang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori.

Rempuhan kuat turut menyebabkan pemandu lori mengalami kecederaan dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mereka yang terkorban adalah Rohaya Md Rabi, 35; Nor Nabila Al Huda Mohd Taufid, 9; Nor Nabila Ah Hanan, 7, dan Mohd Nabil Lutfi Al Hadif, 1.

Anak mangsa yang kritikal dikenali sebagai Mohd Nabil Lutfan Al Husni, 3.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil dipandu mangsa bertembung dengan lori menyebabkan mangsa yang memandu tersepit.

“Akibat pelanggaran itu, sebuah van turut merempuh bahagian belakang lori dipercayai akibat tidak sempat menekan brek,”katanya. 

Empat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Kajang.


Sabtu, 7 September 2013

hiasan rumah..impian semua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ini Farah luangkan masa mengemas rumah..ubah apa yang patut supaya nmpak segar dimata ni..
Kediaman kita adalah tempat yang paling tenang kan..so nk kekalkan ketenangan tu kena la rajin..nk cantik pun kena rajin..nk makan pun kena rajin..hehe..
Puas meng google contoh yg terbaik untuk dijadikan panduan..Jom kita kongsi apa yg Farah dapat..mana tahu boleh jadi panduan untuk kawan2 jugak...Terima kasih pada si empunya rumah..cantik sangat hiasannya...Jom..

Ini untuk ruang tamu..









Ini untuk hiasan bunga diatas meja/rak/para







Setakat ini dulu perkongsian kita kali ini...mata pun dah ngantok bangat...bye!

Isnin, 2 September 2013

Bantal Hiasan

Assalamualaikum semua pengunjung blogku ini...
Semoga hari ini kita lebih ceria dan moga2 juga seribu idea datang untuk kita lebih kreatifkan hidup kita..
Okay,hari ini Farah punya masa yang banyak untuk diluangkan di arena ini..
Semalam Farah dan suami pergi berwindow shopping kt bandar sambil2 membeli barang stok untuk kedai.
Jalan2 kt satu deretan kedai trnampak benda yg sangat comel ini.Macam warna dan design..Comelnye..
Gambar ni Farah cari kt google..nanti bila dah siap hasil Farah sendiri..boleh kongsi kt sini..









Hati rasa membuak2 nk mendapatkannya..tapi rasa di hati farah jugak mahu hasilkan sendiri benda comel ini.
Kebetulan selang 2 pintu dari kedai tu ada kedai menjual kain..Farah dan suami pun memang ada minat yang sama..jadi kami masuk dlm kedai tu..belek2 ada juga yg berjaya di bawa balik...
Bila sampai dirumah je terus google pasal benda comel ni..sbb kainnya dah di beli..tinggal nak menjahit je..sbb tunggu fiber fill yg dah di order..belum sampai..jenuh juga mencari blog yg menjual fiber fill ni..maklumla baru dlm dunia craft ni..
Ini la kain yang farah dah beli tu..Jom tengok..

kain yg dibeli unt prcubaan membuat bantai hiasan sendiri..

Farah suka warna yang terang sbb bantal ni comel dan saiz kecil je..so tak sarat la dgn color2 yg terangkan..
Niat tu nk letak kt sofa rumah baru..insyaallah kalau sesuai..
Nanti bila dah siap bole lah kita kongsi kn kt sini..
Bye..

Ahad, 1 September 2013

Nasi goreng kampung yang paling simple...

Assalamualaikum...semua kawan2 dan pelawat2 blog ni..
Sudah lewat malam tapi mata ini belum lagi rasa mengantuk..
Sementara tunggu time untuk close kedai saya ni..
Jom..saya kongsi satu resepi yang sangat mudah..
Sebenarnya resepi ini saya buat petang tadi atas permintaan anak saya yang demam..
Terasa mahu makan nasi goreng kampung kata nya..
Saya tunaikan tapi makan tak sebanyak mana pun..Mungkin sebab faktor kesihatan..
Pahit je rasa mulut dia kata..tak pe la mama ni juga jadi penyelamat nasi tu..hihi..
Saya selalu sediakan menu ini untuk sarapan..memang terangkat bila ada ikan gelama kering atau ikan tenggiri masam..berserta dengan tea o panas..
memang kegemaran suami saya dari awal saya berkahwin sampai la sekarang..

Jom..kita tengok resepi nya...







Bahan2:
1 cawan nasi putih
10 ekor ikan bilis-ikut kawan2 la kalau nak letak bnyk pun tak pe..
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
secubit perasa-kalau tak nak letak  pun tak pe..
1 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih diketuk
4 tangkai cili padi diketuk-kalau nak lagi pedas bole tambah je..
3 tangkai kangkung
sedikit kobis
1 sudu kecil budu

Cara2:

1.Panaskan minyak masak dan masukkan ikan bilis hingga agak garing tpi jgn sampai rentung ye nanti rasanya pahit..
2.Masukkan bawang putih yang di ketuk tadi..dan kacau.
3.Masukkan nasi putih dan cili padi yg diketuk tadi kemudian biarkan dlm 1 minit je..
4.Masukkan sos tiram,sos ikan,budu dan perasa..kacau sebati.
5.Masukkan kangkung dan kobis..dan biarkan seminit..dah boleh tutup api..
6.Masukkan dlm pinggan dan taburkan sedikit bawang goreng dan daun bawang...kalau suka boleh tambah kan dgn telur mata kerbau..

Mudah tak resepinya..kalau dah cuba boleh kongsi hasilnya kt blog dgn komen2 anda..
Selamat Mencuba!

Demam lagi duhai puteriku...

Salam sayang untuk semua...
Kali ini catatan dariku tidak bergambar lagi..camera ku juga masih demam..belum pulih..mahu di ganti yang baru masih sayang rasanya..kerana itulah pemberian hantaran dari suami ku di hari persandingan..
Hari ini aku lalui dgn rutin kebiasaan ku..sebagai ibu dan suri untuk suamiku..dan sebagai tukang masak di cafe ku yang tak seberapa tu..itulah tempat aku dan suami mencari rezeki untuk anak2..Ya Allah murahkan rezeki kami..Amin.
Hari ini anak ku yang sulong demam lagi..Aduihai kakak..mama risau sangat takut2 penyakit lama datang lagi..anak ku di syaki mempunyai masalah dgn molekul darahnya..harap2 tidak serius lagi..balik dari sekolah tghari tadi..dia mengadu badannya kebas sebelah kanan lagi..suhu badan pun jadi panas..cepat2 aku hidangkan makan tgnhari supaya cepat dia makan dan cepat boleh makan ubat..masa aku tengah menaip cacatan in aku masih disisi dia yang sedang nyenyak tidur..tidur la puteriku..cepat sembuhnye..baru ku tahu macam mana perasaan ibuku dulu bila aku demam begini..Aduhai ibu..kasihmu tak ternilai dgn apa sekali pun..sekarang pun masa untuk aku harus ke cafe ku untuk menolong suami ku..tidak lah jauh cuma sebelah rumah ku je..lain catatan kita bercerita lagi..bye..
Salam Ukhwah...