Isnin, 9 September 2013

ustazah maut dalam kemalangan bersama tiga zuriat..

Assalamualaikum semua sahabat2..
Harapan Farah kita semua dalam keadaan sihat hendaknya..
Aduhai..ketika menulis catatan ini hati sedih dan terkenangkan berita yg diterima ini..Kawan sepermainan dan kawan sezaman persekolahan kepada suami Farah iaitu Ustazah Rohaya telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan yang sangat trajis bersama tiga anakya..Sebelum terus membaca coretan Farah ini...marilah sama2 kita sedekah kan Al Fatehah kepada arwah dan anak2nya..
Walaupun Farah tidak kenal rapat dengan aruah akan tetapi perasan sayu tetap terasa kerana aruah akan disemadikan dikampung Farah menetap sekarang..dalam satu kubur bersama anak2nya..sungguh sedih kerana hujan turun mencurah2 seperti juga bersedih..perwatakannya sesuai dengan kerjaya sbg ustazah..menurut cerita suami..aruah adalah pelajar pintar di zaman persekolahan dahulu..
Ya Allah dariMu kami datang..kepada Mu jua kami kembali...
Semoga damai di sana..Amin..


  • Ustazah maut bersama tiga anakKeadaan kereta dinaiki lima mangsa yang bertembung dengan sebuah lori.
 1 / 1 
KAJANG –Tragis apabila seorang guru mata pelajaran agama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan tiga anaknya maut selepas  kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7 Jalan Kajang-Banting di sini, hari ini.

Kejadian turut menyebabkan seorang anak lelaki guru itu yang berusia tiga tahun kritikal dan  masih mendapat rawatan di wad kecemasan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah untuk mengajar murid sesi petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kenderaan dipandu mangsa dari arah Bangi ke Kajang dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori.

Rempuhan kuat turut menyebabkan pemandu lori mengalami kecederaan dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mereka yang terkorban adalah Rohaya Md Rabi, 35; Nor Nabila Al Huda Mohd Taufid, 9; Nor Nabila Ah Hanan, 7, dan Mohd Nabil Lutfi Al Hadif, 1.

Anak mangsa yang kritikal dikenali sebagai Mohd Nabil Lutfan Al Husni, 3.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil dipandu mangsa bertembung dengan lori menyebabkan mangsa yang memandu tersepit.

“Akibat pelanggaran itu, sebuah van turut merempuh bahagian belakang lori dipercayai akibat tidak sempat menekan brek,”katanya. 

Empat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera masih menerima rawatan di Hospital Kajang.


2 ulasan:

Ana Suhana berkata...

al-fatihah..mg arwah d tempatkan di kalangan hamba2Nya..

Unknown berkata...

amin..moga tenang disana..
anak aruah yg meninggal berumur 9 tahun n pempuan adalah hafizah al quran..dah 3 surah beliau hafal..tp Allah lbh sygkn mereka..