Ahad, 1 September 2013

Nasi goreng kampung yang paling simple...

Assalamualaikum...semua kawan2 dan pelawat2 blog ni..
Sudah lewat malam tapi mata ini belum lagi rasa mengantuk..
Sementara tunggu time untuk close kedai saya ni..
Jom..saya kongsi satu resepi yang sangat mudah..
Sebenarnya resepi ini saya buat petang tadi atas permintaan anak saya yang demam..
Terasa mahu makan nasi goreng kampung kata nya..
Saya tunaikan tapi makan tak sebanyak mana pun..Mungkin sebab faktor kesihatan..
Pahit je rasa mulut dia kata..tak pe la mama ni juga jadi penyelamat nasi tu..hihi..
Saya selalu sediakan menu ini untuk sarapan..memang terangkat bila ada ikan gelama kering atau ikan tenggiri masam..berserta dengan tea o panas..
memang kegemaran suami saya dari awal saya berkahwin sampai la sekarang..

Jom..kita tengok resepi nya...







Bahan2:
1 cawan nasi putih
10 ekor ikan bilis-ikut kawan2 la kalau nak letak bnyk pun tak pe..
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
secubit perasa-kalau tak nak letak  pun tak pe..
1 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih diketuk
4 tangkai cili padi diketuk-kalau nak lagi pedas bole tambah je..
3 tangkai kangkung
sedikit kobis
1 sudu kecil budu

Cara2:

1.Panaskan minyak masak dan masukkan ikan bilis hingga agak garing tpi jgn sampai rentung ye nanti rasanya pahit..
2.Masukkan bawang putih yang di ketuk tadi..dan kacau.
3.Masukkan nasi putih dan cili padi yg diketuk tadi kemudian biarkan dlm 1 minit je..
4.Masukkan sos tiram,sos ikan,budu dan perasa..kacau sebati.
5.Masukkan kangkung dan kobis..dan biarkan seminit..dah boleh tutup api..
6.Masukkan dlm pinggan dan taburkan sedikit bawang goreng dan daun bawang...kalau suka boleh tambah kan dgn telur mata kerbau..

Mudah tak resepinya..kalau dah cuba boleh kongsi hasilnya kt blog dgn komen2 anda..
Selamat Mencuba!

Tiada ulasan: