Rabu, 25 September 2013

ceritaku:RESEPI LAKSA KEDAH




Assalamualaikum semua pengunjung blog saya ini..
Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan ruang dan masa untuk berceloteh di blog saya ini..
menulis cerita dan untuk di kongsi bersama..hari ini saya mahu berkongsi resepi makanan yang menjadi kesukaan ramai kenalan dan saudara saya apatah lagi saya,suami dan anak2..memang gemar dgn menu ini..tak jemu2..
Laksa Kedah..memang menjadi kegemaran saya sekeluarga.Kalau musim harga ikan murah dipasaran saya dan suami wajib borong berkilo2 ikan untuk dibuat stok dlm freezer.Maklumlah kaki laksa..
Baru2 ni saya ada menghadiri satu seminar tentang keusahawanan di Hotel Seri Malaysia Alor Setar..
antara banyak2 menu yang ada ini jugak yang saya sambar dulu..hihi..padahal dah selalu saya masak dirumah..rakan saya Kak Rose yang mempunyai perusahaan membuat kek lapis sarawak di Perlis iaitu Kek Lapis Rose Sarawak jugak menggelar saya hantu laksa..hihi..
oh!Kak Rose,rindu saya pada kak Rose sbb sikap kak Rose yang sangat mengambil..setiap kali ada kursus dan seminar dari utara hingga lah ke selatan kami sentiasa bersama..tapi sejak akhir2 ni saya jarang mengikuti seminar yang diluar daerah kerana ketiadaan masa saya disebabkan urusan kedai makan saya yang tiada pekerja.Cukup dulu luahan rasa rindu saya pada sahabat saya ini.

Mari kita kongsi resepi Laksa Kedah versi saya...






RESEPI LAKSA KEDAH 

Bahan :
1 bungkus laksa direndam 1 jam dan direbus bila sudah lembut toskan dan ketepikan

Bahan dan cara membuat kuah :

1. 2 kilo ikan kembung/selayang 
direbus jgn sampai terlalu masak takut nanti tak sempat ambil isinya dah hancur..biar sedang2 je..
ikan tadi diambil asingkan dgn tulang dan ambil isinya saja dan ketepikan.

2. Ambil 3 cm belacan,2 ulas bawang merah,4 labu bawang besar,10 tangkai cili padi dan kisar halus dimasukkan kedalam periuk untuk sediakan kuahnya.

3. Masukkan air 500ml air bersam air rebusan ikan tadi atau mengikut kesukaan anda..kedlm periuk tdi..tp tak payah air bnyk sgt sbb laksa ni kalau kuahnya pekat baru sedap..

4. Masukkan 2/3 keping asam gelugur/asam keping,serbuk cili,daun kesom,bunga kantan yg diketuk,sedikit garam mengikut selera masing2 dan serbuk perasa.

5. Biarkan kuah nya mendidih dgn menggunakan api sederhana.

Bahan untuk di tabur diatas laksa:

1.bawang besar
2.timun
3.daun selom/daun putat/daun salad
4.kacang panjang
5.cili padi
semua bahan ni di potong dan dimayang halus
6.telur rebus.
7.limau nipis..kalau nak masam lebih ye..

Sudah sedia semuanya..boleh la hidang kuah panas2..aduh..terliurnye..

tips..kalau nak dapatkan kuah laksa yang lagi mengamcam..biarkan kuah semalaman supaya semua bahan mesra dan panaskan sekali lagi sebelum makan.

Selamat mencuba!







Tiada ulasan: