Ahad, 29 September 2013

ceritaku:HIMPUNAN PELBAGAI JENIS CORAK CUPCAKES

Assalamualaikum semua pengunjung blog ini..
Hari ini farah lambat up date blog lagi..maklumlah bila ada masa rehat di kedai farah ini barulah farah buka netbook dan search di google tentang apa yang ingin farah pelajari atau pun farah kongsi bersama..

 Farah merancang nak buat cupcakes esok sbb nak try resepi buttercream dan sponge yang baru Farah dapat dari sebuah my resepi..Bila cubaan pertama kali ni biasanya Farah akan search kat google tentang corak,pattern dan design untuk perkara yang Farah nak buat tu..Bayangkan dari hiasan rumah sampai ke masakkan semuanya nak rujuk kt google..hihi..bila kat dapur pula netbook teman setia..En suami kata..orang dulu-dulu buat masak pakai main sukat-sukat je..lepas tu tulis resepi dalam buku kulit keras tu..orang zaman sekarang ni masak guna netbook,Ipad,tablet bagai ye..hehe..tu l kemajuan namanya cik abang oi..copy and paste pastu save..kan senang tu..
 Sebab utama nak try cupcakes ni guna resepi sponge kek dan buttercream sebab masa hari lahir anak farah yang kedua tempohari..farah tak sempat buat kek ni macam yang dijanjikan sebab masa tu ada perkara yang lebih penting untuk diselesaikan..cuma sempat belikan dia kek coklat dan balik hias sendiri pakai whipping cream serta tabur coklat rice je...kesian nye..
 Bila dah google tu jumpa lah design dan corak cupcakes yang sangat comel dan menarik..Farah copy dan simpan kat sini..mohon copy ye tuan punya gambar2 cupcakes yang Farah simpan ni ye..hanya untuk rujukan esok hari..bila nak mendeco cupcakes Farah sendiri esok ye..terima kasih ye..Jadi bila ada rujukan tidaklah jadi cacamarba design cupcakes Farah nanti..Maklumlah bukan mahir dalam bidang mendecokek ni..tapi kerana minat kan..

Ok semua..Jom kita tengok corak-corak cupcakes ini..Jom..
















 Cantikkan..yang mana satu pilihan nak buat esok ye..emm...kita tengok esok ya..
Ok la semua..dah tiba masa nak close kedai..Ok jumpa lagi..Assalamualaiku..

2 ulasan:

Suri Sutera berkata...

Salam ukhuwah.... cantik cantik cup cake....

Unknown berkata...

ala Ozie..bkn semua cup cakes tu yg fara buat..hehe