Khamis, 3 Oktober 2013

ceritaku : KARIPAP PUSING

Assalamualaikum semua..
Syukur fara masih bole up date blog kesayangan ini walaupun sibuk di dapur Merah Seroja Cafe menyiapkan order-order untuk pelanggan tetap yang selalu menjamu selera di sini..syukur juga dengan rezeki ini..Sempat jugak nak story dan berkogsi resepi makanan kegemaran ini..Karipap pusing..sedap sungguh kalau jadi makanan petang bersama secawan kopi atau tea panas di samping keluarga tercinta kan..
Bagi yang sibuk dengan urusan kerja boleh buat karipap ni stok dan sejukbekukan dalam freezer..jimatkan masa anda tetapi tetap bole menikmatinya..walaupun kat gerai-gerai banyak dijual kuih ini..tapi kalau kita sendiri yang menghasilkan..bak kata orang "air tangan" kita feel nya tu rasa lain kan..

Resepi karipap ini fara ambil dari blog Kak Noor..http://nooriahnaim.blogspot.com/2013/06/karipap-pusing-yang-enak-dan-ranggup.html  fara tak ubah apa-apa pun..memang menjadi hasilnya..dan yang penting sedap sangat..Terima kasih ye Kak Noor..

BAHAN DOH
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran


CARA MEMBUAT NYA

Satukan semua bahan doh A.  Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.

Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.  Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.  Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.  Uli hingga sebati dan agak  tak melekat di tangan.  Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A .  Bungkus menjadi bulat dan ketepikan.  Ulangi untuk doh2 seterusnya. 

Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya.  Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.

Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak noor potong  10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi lapisan dan klim lah cantik2 ya..

Untuk menggorengkan panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...





BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada  ayam atau daging  di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging 
1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA 
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh  masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.

Selamat mencuba...

Tiada ulasan: