Ahad, 15 Disember 2013

RESEPI ROTI BUN CHICKEN FLOSS

Resepi roti bun chicken floss

Assalamualaikum..petang2 makan roti buat sendiri sedap kan..Kali ini berkesempatan lagi kongsi resepi yang sudah lama terperap..Sebenarnya roti ni sudah agak lama terhasil tp hari ini alhamdulillah baru dapat terbitkan entrynya..Jom kita kongsi...


Resepi Roti Bun Chicken Floss

Bahan-bahannya:
500gm tepung roti
90gm gula kastor
11gm yis kering
4 sb susu tepung
1sk garam
3 sb marjerin/butter
1sb bread improver
1 sb softener
150-200ml air dari petiais


Bahan hiasan / topping
chicken floss
mayonis


Cara-caranya:
1.satukan semua bahan kecuali mentega dan garam.
2.uli hingga adunan sebati.
3.masukkan mentega dan garam uli hingga doh licin dan elastik mcm getah.
4.rehatkan doh dlm 40 minit sehingga doh naik 2 kali ganda saiz asal
5.ambil doh tadi tumbuk di tengah2 doh unt buang angin dlm doh
6.bulatkn doh tadi seberat 50 gram dan atur diatas dulang dan rehatkan doh sekali lagi selama 40 minit hingga naik 2 kali ganda saiz asal.
7.pipingkan mayonis di atas permukaan doh dan taburkan chicken floss
8.boleh masukkan kedalam oven dan bakar selama 15-18 minit dgn suhu 185 darjah celcius..

tips dari farah..cuaca kena la panas baru cepat naik..sya letak dlm kereta..hehe..
selamat mencuba!


2 ulasan:

Maria Firdz berkata...

sy suka roti bun ni.. mmg kna bljr gak wat sndiri.. thanks share resepi.. :)

Unknown berkata...

maria firz:sedap sbb chicken floss tu kn..rasa sgt chicken..hehe..try la resepi..insyaallah menjadi..sama2 maria..