Jumaat, 16 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013 DAN RASA DIHATI..




Oh..Syawal datang lagi..

Assalamualaikum kpd pelawat dan followers blog ku yg tidak seberapa ini..aku bukanlah pengarang tersohor yg bilamana penulisannya terhasil berlumba2 diikuti dan dicari2..cukup setakat ini aku bersederhana sahaja..
Sudah lama tidak mencoret diruangan blogku ini..sunyi sahaja rasanya..emmm..

ucapanku dihari raya..
Syawal masih bersama kita..jadi rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN
kpd semua pengunjung dan followers blogku ini jikalau ada salah dan silap serta terlanjur kata dariku sekeluarga..kita sentiasa maklum..
kita semua insan biasa yg sering melakukan kekhilafan..diantara sedar atau tidak....
Kesibukkan menerima kunjungan dan rutin setiap tahun di Aidilfitri agak membataskan waktuku..

Ingatanku dihari raya..
tahun ini sudah tahun kedua aku menyambut Aidilfitri tanpa bondaku tersayang..tanpa air tangan bondaku yg menjadi santapan di pagi hari mulia ini..hanya pusara menjadi tanda..hanya doa tulus setulus kasih bondaku melahirkan ku yg dapat aku kirimkan..Rindunya hanya Allah yang tahu...sedihnya hanya dalam hati ini dapat aku sembunyikan..aku tak mahu ayah,adik2,suami dan anak2ku lihat airmataku di hari yg mulia ini..aku tak mahu mereka jugak bersedih..Alhamdulillah aku masih punyai ahli keluarga yg lain..betapa aku menghargai sebuah pertalian kekeluargaan ini..

Juadahku dihari raya..
Juadah ku ini tinggalan resepi aruah bondaku..masakan wajib di pagi hari mulia..Aruah Bonda mesti sediakan juadah ini kerana aku dan adik2 ku kurang gemar menjamah ketupat pulut..jadi juadah nasi impit dimakan dgn kuah masak lemak hijau pekat cilipadi isi ayam bersama tauhu bondaku hasil untuk kami..itulah juadah trademark bondaku di setiap aidilfitri semasa hayatnya..dan kini aku pula menyambung warisan menyediakan juadah ini di setiap tahun..tahun pertama pemergian bondaku..aku sediakan juadah ini..ayah dan adik2ku tidak menjamah..di biarkan lesu di atas meja makan..mungkin sedih masih berbaki..tapi tahun ini..alhamdulillah ayah dan adik2ku menjamah juga juadah ini..nanti aku catatkan resepinya di lain entri..

Sudah bnyk aku berceloteh tentang hari raya dan rasa dihati ini..
Jadi aku undur diri dulu buat kali ini..
Sampai keudara lagi ya!...

hahaha..pose di pagi syawal..


Tiada ulasan: