Malam ini hujan unt 3 malam berturut-turut..Anak2 tidur selesa sebab cuaca agak dingin..Bukan apa penggunaan penghawa dingin yang berlebihan pada kanak-kanak boleh mendatang masalah pada kesihatan..sudahnya Cek Ah pasangkn kipas angin biasa juga sebabnya si Aien mmg tak boleh terasa panas..dia cepat berpeluh berbeza dgn si kakak..mungkin si Eisya dah besar..lain sikit caranya..
Cek Ah pulak malam ni tutup kedai awal sebab pelanggan kebanyakkannya pulang awal unt ke tempat berhimpun parti masing-masing..Ya lah sekarang kan demam pilihanraya..Bagi Cek Ah pilihanraya adalah hak kita semua..Cek Ah harap kita semua jalankn tanggungjwap yg sepatutnya..Tak usah la kita bersengketa dan menunjuk lagak pandai semasa kempen pilihanraya ini..Biarlah kita bersederhana sahaja..
Ok..berbalik pada menu kita hari ini..hari ini pun menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga...
Anak Cek Ah si Iesya yg request nak makan menu ni unt hari ini..Untuk menu Cek Ah akan pilih sotong yg fresh sahaja sbb cara memasaknya sangat ringkas..jadi tidak perlu masak lama2..Aruah mak Cek Ah pernah pesan..petua nk tengok sotong tu fresh ke tidak sgt mudah..tengok pada warnanya..kalau masih putih makna sotong tu masih fresh..klu dah bertukar kpd warna purple atau kemerahan maknanya sotong tu dah tak fresh lagi..
Emm..jom kita tengok resepi Cek Ah kali ini...
Resepi sotong masak kuning
Oleh : Dapurku Seri Seroja
Bahan :
500 gram sotong segar di potong
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu besar kicap sotong@sos ikan
secubit perasa
1cm halia dimayang kecil2
3 ulas bawang putih di mayang halus
1 ulas bawang holland di potong 4 bhgn
5 sudu besar minyak masak
sedikit perahan lemon(asam jawa pun boleh)
sedikit lobak merah / daun sup / bawang goreng sebagai hiasan
Cara2 :
1.Sotong di garamkn kunyitkan..hehe..gaulkan sotong bersama garam dan kunyit
2.Panaskn minyak masak dlm kuali dan tumiskn bawang putih/bawang holand/halia jgn trlampau garing..sedang2 je..hihi
3.Masukn sos tiram / sos ikan / serbuk perasa dan biarkn 2 minit baru masukkan sotong tadi..
4.Sotong digaul sebati dan masak dgn api sederhana.Biarkn diatas api dlm 2 minit kemudian angkat untuk di masukkn kedalam mangkuk..
5.Hiaskan diatas sotong ini dgn taburan bawang goreng/lobak merah dan daun sup..
6.Siap unt di nikmati!
Selamat mencuba dan moga anda menjadi follower blog saya ya..Assalamualaikum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan