Isnin, 20 Mei 2013

puding pelangi ku yg jadi corak abstrak!!

Puding Pelangi
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Hasil air tangan:farahwahida961.blogspot.com                                                                            


Bahan-bahan
10 gram agar2
750 air
180gm gula pasir
80 gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair 
2 sudu bsr tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko 
1/2 sudu teh vanilla
3 jenis pewarna mngikut kesukaan anda..
cek Ah guna warna kuning,unggu dan pink.

Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan cara manual..kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis kedalam mangkuk kosong.
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata kemudian tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 4 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak pewarna..
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna pertama ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, setelah 2 jam bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Tiada ulasan: